1980-1989 Garis masa virus komputer dan cecacing yang terkenal

1980

  • Jürgen Kraus menulis tesis lepasan ijazah Selbstreproduktion bei Programmen (Aturcara membiak sendiri).

1982

  • Aturcara yang dikenali sebagai virus komputer Elk Cloner, telah ditulis bagi sistem Apple II dan dicipta oleh Richard Skrenta. Apple II kelihatannya agak lemah kerana menyimpan sistem pengoperasinya pada cakera liut. Rekabentuk Elk Cloner digabung dengan kejahilan umum mengenai apa itu malware dan cara mengelakkannya mendorong kepada Elk Cloner bertanggung jawab bagi wabak virus komputer berskala besar pertama dalam sejarah.

1983

  • Istilah 'virus' dicipta oleh Frederick Cohen bagi menggambarkan aturcara komputer membiak sendiri. Pada tahun 1984 Cohen menggunakan frasa "virus komputer" – sebagaimana dicadangkan oleh gurunya Leonard Adleman – bagi menggambarkan operasi aturcara sedemikian dalam istilah "jangkitan". Dia mentakrifkan 'virus' sebagai "aturcara yang mampu 'menjangkiti' aturcara lain dengan mengubah mereka dengan memasukkan kemungkinan meletakkan salinannya sendiri."
  • 10 November 1983, di Universiti Lehigh, Cohen menunjukkan aturcara seperti-virus pada sistem VAX11/750. Aturcara itu mampu memasang dirinya, atau menjangkiti objek sistem lain.

1986

  • Januari: Virus sektor but Brain (juga flu Pakistan) dibebaskan. Brain dianggap virus IBM PC compatible pertama, dan perisian yang bertanggung jawab bagi epidemik virus pertama bagi komputer serasi IBM PC. Virus ini juga dikenali sebagai Lahore, Pakistani, Pakistani Brain, kerana ia dicipta di Lahore, Pakistan oleh pengaturcara Pakistan yang berusia 19 tahun, Basit Farooq Alvi dan saudaranya Amjad Farooq Alvi.
  • Disember 1986: Ralf Burger membentangkan aturcara model Virdem semasa perjumpaan di Chaos Computer Club bawah tanah di Jerman. Model Virdem mewakili kali pertama aturcara mampu menyalin dirinya sendiri melalui tambahan kodnya pada file DOS boleh laksana dalam format COM.

1987

  • Kemunculan virus Vienna, yang kemudiannya dipatahkan - kali pertama ia berlaku pada pelantar IBM.[1]
  • Kemunculan virus Lehigh, virus sektor but seperti Yale dari USA, Stoned dari New Zealand, Ping Pong dari Itali, dan kemunculan virus fail enkripsi-diri, Cascade. Lehigh dihentikan di kampus sebelum ia bebas secara liar, dan dengan itu tidak pernah dijumpai ditempat lain. Jangkitan berikutnya oleh virus Cascade di pejabat IBM Belgium mendorong kepada IBM bertindak balas dengan pembangunan keluaran antivirusnya sendiri. Sebelum ini, penyelesaian antivirus yang dibangunkan oleh IBM bertujuan bagi kegunaan kakitangannya sendiri.
  • Oktober: virus komputer Jerusalem, sebahagian dari (ketika itu tidak diketahui) virus keluarga Suriv, dikesan di bandar Jerusalem. Jerusalem memusnahkan semua fail boleh laksana pada mesin yang dijangkiti pada setiap Jumaat ke-13 (kecuali Jumaat ke-13 Nov 1987 menjadikannya picu pertamanya pada 13 May 1988). Jerusalem menyebabkan epidemik seluruh dunia pada 1988.
  • November: Virus komputer SCA, virus sektor but bagi Amiga muncul, dengan serta-merta mencipta ribut jangkitan besar-besaran (pandemic) penulis-virus. Tidak lama kemudian, SCA membebaskan satu lagi, virus yang lebih memusnahkan, Byte Bandit.

1988

1989